Hubungi kami segera untuk tempahan tepat pakej anda dan keluarga. Pihak kami boleh dihubungi seperti berikut :

TEL : 04-733 4088 /04- 772 2125 / 04-772 2913 / 04-540 2929

FACEBOOK : Asari Murni Alor Setar

PENERBANGAN TERUS : KLIA - JEDDAH - KLIA

Melawat tempat-tempat menarik di dalam Negara dan menikmati panorama indah bumi Malaysia. Lautan biru menjadi detik romantik, bumi hijau menjadi pencetus minda, bumi dipijak menjadi kenangan terindah

Merentasi tembok besar negeri China umpama meniti sejarah silam. Negara yang menerima awal tamaddun ini melangkah melewati zaman. Walau pun Penduduknya padat tapi , bangsa ini tidak pernah mengalah mereka maju dalam segenap bidang. Kunjungilah  kemana saja di China pasti anda akan merasa puas

Mencari  kedamaian di Danou Toba suatu keindahan,
Bermalam di Bandung suatu kebahgian,
Bercanda di Bali suatu kepastian,
Bertandang ke Padang juga kemestian,
Antara Penang dan Jakarta hanya se -jarak pandangan,
Apa cerita pun kita serumpun bangsa.

Luas Vietnam kurang lebih 331.688 kilometer persegi dengan populasi penduduk  melebihi 86 juta. Menurut angka rasmi, 86.2% populasi penduduknya berbahasa Vietnam sebagai bahasa ibu. Pada sejarah awal, Orang Vietnam menulis dengan karakter Tionghoa.

Sebuah Negara yang tidak pernah dijajah. Segala-segalanya cantik. Dari Barat ke Utara, dari Selatan ke timur. Di mana saja kaki melangkah di bumi ini hati terasa puas. Lemah lembut serta gemalainya perawan Chengmai Chengrai membuat jejaki sukar melangkah pergi. Ini syurga dunia yang segalanya ada.

Korea ditubuhkan pada 2333 SM oleh Dangun Wanggeom, raja pertama Korea. Pada masa itu, kerajaannya dipanggil Joseon tetapi kini didigelar Gojoseon (Joseon Lama) untuk membezakannya dari Dinasti Joseon yang ditubuhkan pada 1392. Korea merupakan sebuah masyarakat yang homogen, menutur sebuah bahasa yang dipanggil Hangungmal/Chosŏnmal dan menggunakan sistem tulisan yang dipanggil hangul.

Jelajahi benua ini bagaikan tiada penghujung. Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan. Inilah gambaran yang dapat diberikan. Setiap tempat yang di lawati pasti memukau pandangan.

Ibu kota Turki berada di Ankara namun kota terpenting dan terbesar adalah Istanbul. Disebabkan oleh lokasinya yang strategis di persilangan dua benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperkenalkan sebagai jembatan antara dua buah peradaban.

Menikmati pemandangan serta menghirup udara segar di tempat-tempat menarik yang disediakan. Anda akan mendapat seribu kenangan dan detik indah bersama pasangan anda mahupun bersama keluarga anda